Wednesday, December 15, 2010

Merawat Penyakit Bell's Palsy Dengan TF

Apa itu Bell's Palsy?

Bell's Palsy merupakan kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot pada satu sisi wajah. Otot-otot ini dikendalikan oleh saraf wajah. Karena ada saraf wajah di setiap sisi wajah seseorang, dan Bell's palsy biasanya mempengaruhi hanya satu saraf, pesakit Bell's palsy kemungkinan besar akan melihat simpulan atau kelemahan pada satu sisi wajah.

Ketika saraf wajah berfungsi dengan betul, ia membawa sejumlah mesej daripada otak ke wajah. Mesej-mesej ini boleh memberitahu kelopak mata untuk menutup, satu sisi mulut untuk tersenyum atau mengerutkan kening, atau kelenjar air liur untuk membuat respon meludah. Saraf wajah juga membantu tubuh kita mengeluarkan air mata dan merasai makanan kegemaran. Tetapi jika saraf membengkak dan tertekan, seperti yang terjadi pada kes Bell's palsy, mesej-mesej dari otak ini tidak akan dihantar dengan betul. Hasilnya adalah kelemahan atau kelumpuhan sementara otot-otot pada satu sisi wajah.
 
Apa Punca Gejala Bell’s Palsy?

Bell's palsy yang paling sering dihubungkan dengan jangkitan virus seperti herpes (virus yang menyebabkan demam sejuk), Epstein-Barr (virus yang menyebabkan mononucleosis), atau influenza (flu). Ini juga berkaitan dengan agen menular yang menyebabkan penyakit Lyme. Tentu saja, ini tidak bererti bahawa setiap orang yang memiliki jangkitan virus atau penyakit Lyme akan mengembangkan Bell's palsy - kebanyakan orang tidak. Namun dalam beberapa kes, respon sistem kekebalan terhadap jangkitan virus menyebabkan keradangan saraf. Ia akan menyebabkan bengkakan, saraf akan tertekan di saat ia melalui lubang kecil di dasar tengkorak, yang menyebabkan gejala Bell's palsy.

Perubatan moden kini lebih mudah melihat gejala Bell’s Palsy samada akibat angkara virus, akibat serangan angin ahmar atau akibat serangan barah. Melalui kaedah CAT Scanning, doktor dengan mudah dapat membezakan samada barah adalah penyebab gejala itu. Jika bukan barah atau akibat serangan angin ahmar, risiko kepada penderita secara relatif rendah dan potensi gejala akan mengurang lebih positif. Apabila punca penyakit telah dikenalpasti adalah akibat gangguan virus, biasanya pesakit akan diberi ubatan anti-viral mengandungi steroid bagi membunuh virus serta ubatan tambahan untuk mengurangkan radang. Doktor juga akan menggalakkan penderita sering mengurut kawasan terjejas bagi memperbaiki kelancaran peredaran darah. Mengikut kaedah rawatan seperti ini penderita mempunyai harapan sembuh, antara satu bulan hingga lima tahun bergantung kepada keadaan kes.

Apakah Mononucleosis?

Jangkitan mononukleosis (diucapkan: mah-no-noo-Klee-oh-sus), terkadang disebut "mono" atau "penyakit sentuhan” (kissing disease) adalah suatu infeksi biasanya disebabkan oleh virus Epstein-Barr (EBV). EBV adalah sangat umum, dan banyak orang telah didatangi oleh virus ini beberapa kali semasa kecil.

Tidak semua orang yang terkena EBV mengembangkan gejala mono. Seperti banyak virus, adalah mungkin akan terkena dan dijangkiti EBV tanpa mengalami sakit. 

Orang-orang yang telah dijangkiti EBV akan membawa virus tersebut sepanjang hidup mereka,  bahkan jika mereka tidak pernah menunjukkan tanda atau gejala mono. Orang-orang yang menunjukkan gejala mempunyai mono mungkin tidak akan sakit atau mempunyai gejala lagi.

Apakah flu itu?

Flu adalah nama umum untuk influenza, virus yang menjangkiti sistem pernafasan.

Seringkali ketika anda sakit akibat jangkitan virus, tubuh anda membina sistem pertahanan dengan membuat antibodi terhadap serangan tersebut. Itu bererti anda tidak akan mendapat sakit akibat “strain virus” tersebut lagi. Malangnya, virus flu bermutasi (berubah) setiap tahun. Jadi anda tidak dilindungi dari mendapatkan flu selamanya.

Dalam beberapa tahun perubahan virus flu tidak banyak berubah. Jadi, jika anda terkena flu, antibodi anda mudah melindungi dari dari serangan flu, tetapi perlindungan yang tidak sepenuhnya. Tapi setiap 10 tahun atau lebih atau sehingga virus flu mengalami perubahan besar dan banyak orang akan mengalami kes-kes flu yang teruk.  Serangan virus secara besar-besaran ini dipanggil wabak (epidemics). Jika wabak tersebut menyebar ke seluruh dunia, mereka disebut pandemi (pandemics). Wabak ("flu babi") H1N1 dari 2009-2010 dianggap pandemi.

Apakah Penyakit Lyme?

“Penyakit Lyme” adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria burgdorferi borrelia (borrelia burgdorferi). Bakteria ini biasanya ditemui pada haiwan seperti tikus dan rusa. Bakteria ini boleh mengancam manusia dari haiwan-haiwan tersebut oleh kutu ixodes (dikenali sebagai kutu berkaki hitam  atau kutu rusa). Kutu ini membawa burgdorferi borrelia ketika mereka menggigit haiwan yang dijangkiti dan kemudian menjangkiti (memindahkan kepada manusia) dengan menggigit mereka dan melepaskan bakteria berkenaan ke dalam aliran darah seseorang.

Bunyinya kotor bukan? Mungkin. Adalah sangat sukar untuk melihat kutu itu sendiri. Anak-anak kutu atau peri adalah lebih kecil daripada biji sawi sementara kutu dewasa adalah sebesar biji bijan.

Kerana kutu berkaki hitam atau kutu rusa amat sukar dilihat, amat sukar untuk mencari, membantu untuk menyedari gejala-gejala penyakit Lyme. Sangat mudah untuk mengabaikan gigitan kutu. Banyak orang yang terkena penyakit Lyme tidak ingat bila masa ia digigit kutu berkaki hitam atau kutu rusa. Tambahan lagi, tidak semua gigitan kutu mengakibatkan penyakit Lyme.

Bell's palsy boleh menyerang semua golongan usia, tetapi paling umum adalah pada orang dewasa. Orang dengan diabetes dan wanita hamil mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami gejala Bell's palsy.

Bolehkah 4Life Transfer Factor Membantu Mengatasi Gejala Bell’s Palsy?

Transfer Factor (TF) berfungsi membantu sistem imun mengenal, merespon, dan mengingat gejala serangan yang mengancam sistem tubuh. Pemakanan makanan tambahan ini secara teratur dan betul Insyaallah membantu sistem imun badan membina sistem pertahanan yang kebal bukan sahaja daripada virus penyebab Bell’s Palsy, malah kepada ratusan ribu ancaman patogen (kuman, termasuk parasait, kulat, bakteria, dan virus) serta radikal bebas. Sistem imun akan lebih matang mengingati gejala serangan di samping berfungsi menekan jika sel darah putih bertindak keteralaluan.

Pemberian makanan tambahan TF adalah bersifat mengikut kes. Jika sekiranya kes mengidap diabetes atau lain-lain gejala “autoimmune”, atau kepada ibu-ibu yang sedang mengandung jenis TF berlainan akan dicadangkan. Jika sekiranya anda atau mana-mana ahli keluarga anda mengalami gejala Bell’s Palsy, silalah hubungi kami untuk cadangan permakanan TF yang bersesuaian.

No comments:

More On Transfer Factor:

I am FX
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...